Ads sponsored by Nuffnang

NATS HOLLER BOARD

Setiap Ahad @ Triways Sports Centre, Padang Jawa dari 8 - 10 PM...Jom Futsal!

Friday, June 26, 2009

Anda tak puas hati dengan pasukan anda?

WAYS OF PICKING WEEKLY TEAMS:

Tertulisnya cerpen ini tak lain dan tak bukan, hanyalah ingin mendapatkan cadangan dan pemahaman rakan rakan pena bola saya yang turut mengikuti blog ini. Dengan ada nya cadangan ini, boleh lah kita jadikan permainan mingguan kita jadi lebih menarik dan menawan.

Seperti yang anda semua sedia maklum, setiap minggu akan ada "Masalah" pemilihan pemain untuk pasukan. Untuk tugas getir ini, saya dengan "selambadirk kuyt"nya melantik diri saya sbg pemilih dgn sifat REPUBLICAN saya. Pemilihan saya pun, saya buat dgn sepenuh penilitian, supaya tidak timbul term "berat sebelah" atau pasukan tak se-imbang atau team asyik kena KELUAR.

Begini cara saya pilih pada firasat saya. Saya lihat pada DUA benda shj....ke-Terror-an setiap player dan bergantung kpd pasukan pada minggu lepas(kalo dah team skali last week, this week tak yah lah). Lepas itu tgk pada tahap semangat dan tak berapa semangat nak main nya. Pastu akan saya pilih supaya pasukan seimbang (Tapi timbul masalah bhw ada team yg playernya semua ATTACKER atau semua DEFENDER). Kemudian akan saya perhatikan, kalau antara tiga tiga team tu asyik Rotate,rotate dan rotate, maknanya team dah seimbang. Kalo ada satu team asyik kluar, mungkin akan buat perubahan (player exchange + cash).

Jadi begitulah munculnya Cerpen ini. Saya ingin mendapatkan pendapat rakan pena tentang cara paling SESUAI dan BERNAS untuk memilih pasukan setiap mingguan. Kalau anda pernah berasa pasukan anda hampeh atau pasukan anda ada kalanya terlebih terror lah plak..sila lah berikan pendapat. Beberapa idea telah dibentangkan pada meeting AJK NATS (setiap monday nite di McD seks3) di mana ianya seperti di bawah:-

1) Kita bahagikan setiap players mengikut ATTACKER atau DEFENDER. Pastu susun cantik cantik dalam team masing masing. So bila pilih, biar dapat team yg seimbang yg ada attacker dan juga defender dalam satu team.

2) Kita bahagikan mengikut Standings System. Bermakna, player paling tinggi average points akan disatukan dengan player paling rendah average points DAN diteruskan ke no.2 tinggi dgn no.2 last, no.3 tinggi dgn no.3 last....etc etc...ada faham? sampai lengkap 3 team tu.

3) Kita bahagikan team dgn cara pilih 3 CAPTAINS, dan kemudian "1-2-Jus" atau "lattalilatlailitampluum" dan pilih players masing masing, satu per satu ikut giliran.

4) Kita maintain saja team yang sama selama 2-3minggu supaya boleh tgk keserasian memasing dan baru rasa competitive nak kalah kan team lawan. Semangat berpasukan lagi tinggi memuncak sehingga ke menara gading. (Maintain saja org sama in team sama for sekurang nya 3 minggu)

5) Letak ramai ramai kat tengah dan guna jari telunjuk utk tunjuk pada kasut semua org satu per satu sambil baca "ushu kanibu shunaga pule-pule shitina watana wa ashikuduk" pastu buat sampai semua org dah masuk team masing masing

6) Bahagi kan ikut physical...bahagi team ikut BERAT, TINGGI, KE-HENSEM-AN pemain. tapi yg ini macam lawak sahaja...so takdelah team yg semuanya team tinggi dan team hobbit(lukman n zul).

SO GUYS, tinggalkan lah beberapa comment ttg cara untuk pilih team yg terbaik drp pandangan anda anda semua. Bagi saya antara ke enam-enam points di atas saya lebih prefer point no.1 asalkan masih ikut kepada ke-terror-an players....kalau tak pun...biarlah aku jadi THE REPUBLICAN/DICTATOR/GURU BESAR/MANAGER dan aku gunakan cara sama untuk pilih team...

If a thing is not broken, why fix it??!!...hahaha...please leave some comments..TQ TQ

5 comments:

ZZ said...

aku dah buat kajian and dapati yg paling adil, seronok dan competitive adalah dengan kaedah no. 3

kita pilih captain and then diorang pilih players. so kalau team suck salah captain. so time bayar kat captain biar dia tadah!

and tiap2 minggu pun kita rotate captain.

Itu saja lah pendapat saya. bernas tak?

ZZ said...

Based on stats and facts. team hobit sangatlah power. so jgn cakap banyak ah!

Bo the Nerd said...

Rotate captain good idea...so, i agree.
but...possibility tak balance still ada.
Also, kena consider timing kedatangan.
Those are minor things, but my vote is with rotating team captain.

Anonymous said...

my vote plak by picking from defence and attackers... senang seimbang team.. kaedah no.1 kuasa veto Guru Besar SMKSSAAS tuk mengagihkan... tukarkan while playing if x seimbang... but idea captain pilih players pon leh guna gak...

Masri said...

aku cadang no 5
mesti best kekekeke