Ads sponsored by Nuffnang

NATS HOLLER BOARD

Setiap Ahad @ Triways Sports Centre, Padang Jawa dari 8 - 10 PM...Jom Futsal!

Saturday, April 10, 2010

MALAM ANUGERAH BINTANG NATS POPULAR 2

***MALAM ANUGERAH BINTANG FUTSAL NATS POPULAR SEASON KEDUA!***

Malam yang penuh gemilang, cemerlang dan terbilang yang dihadiri oleh 2540 orang peminat sukan futsal tanahair. Konvokesyen penganugerahan kali ini tetap membawa tema yang senantiasa akan terlekat di minda peminat-peminat sepertimana konvokesyen konvokesyen yang sebelum ini. Dengan tema "Hidup mesti Stylo, Futsal kena Stylo". Bintang-bintang atlit yang turut hadir untuk memeriahkan lagi gala pada malam itu tidak mengecewakan peminat dan para wartawan yang meletakkan harapan penuh pada personaliti-personaliti yang tersenarai untuk menerima anugerah pada kali ini.

Malam bermula dengan upacara perasmian daripada Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak yang diiringi isteri nya Datin Seri Rosmah Mansor. Upacara gilang gemilang ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran VIP lain seperti Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Shabery Chik Lah, Menteri Penerangan Tan Sri Muhammad Rahmat, Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi dan isteri Tun Jin. Menteri Besar Terengganu Dato Ahmad Said, wakil parlimen Pasir Mas Dato Ibrahim Ali, Bekas jurulatih Selangor Ken Worden, Presiden MCA Chua Soi Lek diiringi Dato Ong Tee Keat, Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, penyanyi kumpulan Wings Awie diiringi bekas isteri Arni Nazira, Ameng daripada kumpulan Spring dan Baggio dari kumpulan Visa, Sultan Kelantan dan Anak Sultan Kelantan serta Isteri Masing-masing, Pemilik kilang ayam di Kg.Air Sejuk Johor, Phua Chu Kang, DJ Dave, Ahmad Nawab, Dato Seri Anwar Ibrahim, Oprah Winfrey, Pelari pecut terkemuka Usain Bolt diiringi Adri, Homer Simpson, Raja SMS Mawi dan Ikin, lagenda gusti British Bulldog, Datuk Siti Nurhaliza diiringi oleh Nenek Siti, Dato K dan Dato Datin SitiNurhaliza, Menteri Tenaga Dato Seri Peter Chin Fah Kui, wakil MISC Encik Wafi Fizi, Timbalan Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas anggota NATS dan PTD Kamarul Ariffin.

Selepas ucap taklimat daripada setiap VIP yang hadir yang mengambil masa dalam 8 jam untuk habis, upacara diteruskan dengan Tarian daripada kumpulan Ahmad Kasan and the Dancers, yang selalu feature dalam Macam-Macam Aznil. Ahmad Kasan di-join di pentas oleh Linda Jasmine dan Wade Robson untuk mempersembahkan Tarian Kuda Kepang Modern Remix 2010. Selepas pertunjukan video dan FMV bagi mengingati jasa bekas-bekas pemain NATS yang sudah pencen, upacara penyampaian hadiah pun diteruskan dengan diiringi lagu Jalur Gemilang, di bawah naungan mu.

Hadiah yang telah dipersembahkan adalah bagi kategori-kategori seperti berikut:-
a) NATS Players Choice Award (atas undian SMS/voting kertas ahli NATS)
b) NATS Top Scorer Award (penjaring gol terbanyak)
c) NATS Player of The Season (average points tertinggi)

Tanpa melengahkan masa lagi mari kita pertontonkan sedutan-sedutan gambar daripada malam yang penuh bersejarah yang telah berlangsung di Dewan Auditorium Seri Panglima, Frenzy Futsal, Depan Padang A1.


THE BOZORD NATS PLAYER'S PLAYER AWARD
Pemenang, Afnan menerima Piala Bozord dari Shahrul

Pemenang THE BOZORD NATS PLAYER'S PLAYER CHOICE AWARD jatuh kepada AFNAN dengan undian tertinggi. Vote Nan dan hantar ke 32999. Piala Bozord ini di namakan sempena ahli NATS, Zulkarnain @ Bozord yang bakal berpindah ke pasukan A-League, Melbourne Victory. Terima kasih Bozord di atas kemurahan hati menghadiahkan piala ini.

Kembali kepada acara anugerah, Afnan mengenakan baju terkini daripada rekaan Radzwan Radzwill bersama cermin mata daripada Prada manakala Shahrul memakai suit daripada rekaan Batik Noor Arfa. Scarf di kepala Shahrul adalah daripada the Tie Shop


NATS PLAYER OF THE SEASON - SEASON 2
Pemenang Musim Ke-2, Jini menerima Piala NATS Best Player dari pemenang Musim Pertama, Lukman

Pemenang bagi NATS PLAYER OF THE SEASON jatuh kepada JINI. Hadiah di sampaikan oleh Lukman sebagai pemenang Season 1 macam Vince AF 1.
Jini mengenakan gaya ala viktoria hasil rekaan daripada pereka fesyen muda daripada Seberang Perai, Salvatore Ferragamo manakala baju sleeveless Lukman adalah nukilan rekaan designer yang tak asing lagi Gulati's Silk House di Globe Silk Store. Wax untuk kilatan yang terjamin atas kepala Lukman ditaja oleh Kit Car Wash.

NATS GOLDEN BOOT AWARD - SEASON 2
Pemenang, Lukman menerima NATS Golden Boot dari dirinya sendiri kerana Lukman juga pemenang Musim Pertama

Pemenang NATS TOP GOAL SCORER AWARD jatuh kepada Nur Lukman bin Nur Kasih. Hadiah disampaikan oleh Nur Lukman sendiri sebagai pemenang musim lepas Season 1. Baju Sleeveless daripada Gulati's Silk House dan seluar putih kambing biri-biri daripada pereka fesyen daripada New Zealand Jonah Lomu Collection.


Ceria - Aksi pemenang-pemenang malam upacara NATS. Gambar- dari kiri Nur Lukman bin Nur Kasih, Afnan@Nani@Nan@Na@N dan Jini@Shafril dengan piala yang dimenangi masing masing.
Jelas kelihatan kegirangan pada reaksi muka masing-masing setelah diminta mengambil hadiah dengan trofi dan wang tunai yang dimenangi.
Berbakat-Ketiga-tiga pemenang tidak segan silu untuk mempersembahkan beberapa buah lagu yang dipopularkan oleh KRU seperti Fanatik, Mengerti, Janji Tinggal Janji, Apa Saja, dan Ooh La La.
Basah-Kelihatan ketiga-tiga pemenang dalam keadaan lencun selepas dilempar dengan Bom Air daripada peminat.

Malam yang penuh keceriaan ini di perhebatkan lagi dengan persembahan mantap daripada beberapa artis-artis tempatan diiringi VIP-VIP yang hadir yang bergabung untuk menyanyikan lagu "We Are The World" dan "Hijau" dan "Oops I did it again".

Malam ditutup dengan bacaan doa daripada bekas pengawas sekolah seksyen 2 dan wakil MISC yang hadir, Encik Wafi Fizi yang telah mengolak dan lafaz doa yang sangat merdu. Dengan ini tamat sudah Majlis Anugerah NATS Popular Season 2. Diharapkan malam malam anda ditemani mimpi mimpi indah. Kami sudahkan di sini, segala maaf dan silap harap dimaafkan, dan salam satu malaysia semoga jumpa lagi

Assalamulaikum dan Selamat Malam.

--*END--

2 comments:

Bo the Nerd said...

Congrats pada semua pemenang.
Aku nak syorkan winners lepas nih dapat hamper sikit2 lah.
Thanx Zul sebab dermakan Piala NATS Players Choice.

Shahrul said...

Tahniah kepada kesemua pemenang! Pada yang tak menang, cuba lagi! Kalau semua nak menang sapa nak kalah? Kalau semua nak kalah, sapa nak menang?