Ads sponsored by Nuffnang

NATS HOLLER BOARD

Setiap Ahad @ Triways Sports Centre, Padang Jawa dari 8 - 10 PM...Jom Futsal!

Tuesday, April 6, 2010

NATS Weekly : 5th April 2010

Oh Malam Yang Panas Ini!!

Minggu ini entah kenapa, semua players yang hadir, kesemua 13 orang kelihatan penat dan pancit dan dehydrated. Apakah sebab musababnya kami semua bermain dalam keadaan yang panas,berpeluh,berlengas dan jahanam sangat? adakah:-

a) Sebab, satu kipas yang belakang goal lupa dibuka?
b) Hari yang baru lepas hujan akibatkan haba keluar daripada bawah tanah yang juga menghasilkan Logamaya?
c) Kesemua pemain memakai baju/seluar/sepender terlebih tebal?
d) Global Warming / Green House/ Polar Ice Cap effect?
e) Semakin banyak dosa dan nista yang bergelimpangan di merata dunia?
f) Semua orang semakin gemuK?
g) Akhirat sudah dekat?
h) Sebab suhu di malaysia sudah meningkat ke 55 darjah celcius?
i) Sebab Allah S.W.T saja nak duga umat manusia supaya bersembahyang?

Apa sahaja sebab musababnya pun, malam minggu ini sangat PANAS PANAS PANAS.

So berbalik ke hal ehwal futsal antara umat umat NATS yang senantiasa setia menghadirkan diri 9 - 11pm setiap minggu. Dapat 13org so main 4 vs 4 vs 5. Antara highlights yang dapat kita ukir dalam memori adalah:-

1) Semua pancit dan lemau dan penat dan lesu sebab panas
2) Kembalinya ADRIBAYOR daripada Mukunangolomuala, 22110 Togo Darul Gelap yang menjadi GK cemerlang. Siap ko mazleen, ko takleh bermaharajalela lagi.
3) Zul - Walaupun berbaju MU, nak jadi berbakat macam Rooney cannot, so nak INJURED macam rooney pun jadi lah. Tersepak kaki amer, almost injured. Play On!
4) Kimi - Aku nak jadi keeper tapi segan - 2 handball off the line. Well Spotted Pengadil drp Togo. Followed by CHEEKY penalty that goes in.
5) Shafiq - Ragbi or Futsal? Missed few chances dengan merembat bola ala ala Jonny Wilkinson. Semua atas drp palang. Kalau Ragbi dah cantek tu!
6) Amer dan Mazlan - Pakai baju chelsea sempena kemenangan mutlak CFC atas MUFC dengan satu gol yang tak offside.
7) Remp-It - Mari bermain futsal dengan cara sebising mungkin. Di mana kita menyepak setiap pass diiringi jeritan HIYAA!! HiyAAKK!!

Sistem mencalit pada minggu ini sangatlah Loose dan tak serious. Selepas di semak, ada beberapa players yang mendapat calit calitan yang terlalu rendah dan tak logik. Mungkin Betul, mungkin tidak. Anda penentunya. Tuhan Tahu.

"Sepandai Pandai tupai melompat, tetap tak masuk Olimpik juga."

So Player Of the Week Minggu Ini jatuh ke tangan........

Afnan & Shahrul dengan 18 markah 

Player Sav Def Ass Gol OG Cap Tot
Afnan 4 10 0 6 0 0 18
Shahrul 4 5 6 5 0 0 18
Adri 25 0 3 0 0 1 16.5
Mazleen 26 1 1 1 0 0 16
Mazly 8 1 8 4 1 0 16
Bo 7 6 3 2 0 0 14.5
Amer 0 6 2 5 0 1 14
Kimi 1 3 5 4 0 1 13.5
Lukman 0 1 3 5 0 2 11
Zul 1 2 1 6 0 0 9.5
Jini 0 3 1 3 0 1 8
Mazlan 0 2 1 3 0 1 7
Shafiq 0 3 3 0 0 0 6



SYABAS Bang! Sekian Terima Kasih! Tengok lah gambar gambar aksi minggu ini!



Gambar team satu lagi tidak di ambil. Maka, tiadalah gambar.

No comments: