Ads sponsored by Nuffnang

NATS HOLLER BOARD

Setiap Ahad @ Triways Sports Centre, Padang Jawa dari 8 - 10 PM...Jom Futsal!

Monday, February 1, 2010

NATS Weekly: 31st January 2010

Assalamualaikum

Berdirinya kami di hari ini adalah tak lain dan tak bukan adalah untuk merangkum dan menyahpadukan kan aksi-aksi NATS Weekly minggu ini dengan sedikit sebanyak coretan atau warkah yang tak seberapa daripada minda kami ke minda saudara dan saudari yang di hormati sekalian tanpa rasa curiga dan syak wasangka dan juga dengan penuh rasa kebahagian. Ya...itulah tadi ayat paling panjang pernah dicipta dalam Blog NATS ini yang telah melibatkan tidak kurang 47 patah perkataan dan 3.5 baris ayat dan 6 kata kerja 23 kata seni kata 8 kata nama dan 2 mad wajib lisukun.

So berbalik kepada isu-isu yang kita nak terangkan tentang futsal Minggu 5 Season 3. Kami bermain dengan penuh semangat dengan setiap team di ketuai oleh kapitan kapitan masing masing yang telah dipilih dengan adil dan saksama. Kapten yang telah dikenalpasti adalah Bokhari Afundi, Hakimi Jamalus dan Amer adik azza.

Seperti biasa kita dapat bilangan orang yang dikehendaki iaitu 17 orang tetapi ada beberapa orang yang cancel atas sebab sebab yang tak dapat dikenalpasti. Amru, Azza dan Imran telah cancel jadi bilangan orang yang kita bermain dengan hanyalah 14org. Inilah kali pertama setelah sekian lama sekurang-kurangnya 15org pasti dalam genggaman. Minggu ini juga kita dapati banyak casualty yg tak dapat hadir seperti berikut:-

1) Mazleen - Pergi Hong Kong utk start biznes Handbag Tiruan
2) Elly - Pegi ikut Mazleen ke hong kong utk tolong tolong
3) Zul - X dpt tukar syif sbb budak tu sedar yg zul takleh buli dia lagi
4) Mazlan - Gi Manila utk preparation sblm terima anak! Enjoy Puas-Puas
5) Shafiq - Mataku masih MERAH! kena pakai spectacle edgar davids
6) Ezam - Dah balik penang
7) Fadli - x reply maknanya tak nak lah tu
8) Aznam - x reply maknanya tak nak lah tu

Walaubagaimanapun ini adalah 3 pasukan yang dapat di kumpul - - - - -

Team Fradoo ABC (Capt: Bo)

Team Hijau ka Merah Boss? (Capt: Amer)

Team Kami Sempoi-Sempoi Belaka (Capt: Kimi)

Anywayssss.....antara highlights yang kami rasa sangat perlu atau boleh di perketengahkan adalah:-

1) Aksi AVALANCHE di depan gawang gol setelah Afnan dan Sunny bertarung utk bola. Semua serang kaki masuk tangan masuk kepala masuk
2) Azam "aku x nk pass" Azam - Gelekan dan gentelan menawan yang membuat pasukan lawan dan pasukan sendiri terpegun! "tekan X utk pass"
3) Jiwan "Carles Puyol" Jiwan - bola tak dapat nak lepas daripada RAMBUT RAMBUT defender ini.
4) Goal of the week mungkin boleh diberi kepada Sunny dengan Goal sepakan Taekwondo nya...hiak hiak hiak!!!


PLYR SAV DEF ASS GOL OG CAP TOT
Amir 0 5 10 7 0 1 23
Shahrul 0 6 9 7 0 0 22
Kimi 11 8 1 3 0 1 18.5
Sunni 0 4 3 11 0 0 18
Bo 6 7 3 3 0 1 17
Jiwan 4 11 1 2 0 0 16
Jini 4 9 3 1 0 0 15
Lukman 0 5 3 5 0 0 13
Zarrir 5 4 5 1 0 0 12.5
Irwan 13 0 0 5 0 0 11.5
Afnan 9 4 1 1 0 0 10.5
Ari 6 4 0 2 0 0 9
Azam 5 1 4 1 0 0 8.5
Shah 5 4 0 1 0 0 7.5

So Gambar gambar pun dah taruk. Points points pun tuan tuan boleh lihat di sini. Jadi di sini NATS dengan bangganya mengumumkan. NATS player of the week minggu ini terjatuh pada.................

AMER








1 comment:

Shahrul said...

So comment lah...comment...comment....comment...
So comment lah...comment...comment....comment...
So comment lah...comment...comment....comment...
So comment lah...comment...comment....comment...
So comment lah...comment...comment....comment...
So comment lah...comment...comment....comment...
So comment lah...comment...comment....comment...
So comment lah...comment...comment....comment...