Ads sponsored by Nuffnang

NATS HOLLER BOARD

Setiap Ahad @ Triways Sports Centre, Padang Jawa dari 8 - 10 PM...Jom Futsal!

Monday, February 8, 2010

NATS Weekly 7th Ferbruary 2010

GONG XI GONG XI GONG XI FA CAI

Ya memandangkan ini adalah weekend terakhir sebelum tamatnya tahun kalendar cina. Kita akan menjemput masuk TAHUN HARIMAU yang menunjukkan bola sepak malaysia akan memenangi Piala Tiger Cup sebab Malaysia adalah Harimau Muda. Walaubagaimanapun jangan bagi bola sepak malaysia mengganggu mutu prestasi futsal NATS.

Minggu ini dengan bangganya nak dinyatakan di sini kami berjaya mengumpul seramai 18 orang. Tetapi end up dengan 17 orang sahaja kerana kes Missing In Action Aznam yang tidak datang secara tetiba tetiba. Apa dah jadi dengan ahli NATS sorang ini asyik M.I.A/M.I.B/S.W.A.T/F.B.I/I.S.A dan J.A.I.S. Tetapi permainan kami sememangnya terus mengancam. Cuma ada lah satu team yg tidak ada SUB! So penatlah mereka dan padan dengan muka mereka.

Antara HIGHLIGHTS-HIGHLIGHTS atau AKSI-AKSI yang boleh kita perketengahkan di sini antaranya menggelikan hati, meremangkan bulu roma, memerahkan otak, menenangkan jiwa dan menggetarkan kaki kaki, calon calon nya berbunyi:-

1) Zul "Benzema" Ain - Seperti striker striker real madrid yang lain lain nya, semua tak tahu menjaringkan gol. Walaupun gol kosong, tiang juga jadi Target. Di mana selepas itu semestinya di sambut oleh gelakkan rakan rakan....of course.

2) Shahrul "Shah Rukh" Eto'o - Dengan badannya yang sangat kecil molek, tergolek golek di atas padang selepas di tackle dengan kejam sekali oleh Nur Lukman. Tapi takpa lukman dapat bola.

3) Bo "Massimo Taibi" Khari - Dua kali lukman rembat, walaupun lembik macam najis kucing, Taibi tetap taibi, tak belajar drp kesilapan dan melepaskan gol mudah!!..hehe

4) Fadli "Mark Bosnich" Baby Blue - Pemain paling kaya malam itu. Selepas di "LIMA RINGGIT" sebanyak 5 kali dalam pada masa menjadi golkeeper. So RM5 x 5 kali adalah sama dengan RM25...weh belanja lah wehhh

5) Sunny "Ronaldo" Putih - Meneruskan gaya penyerang Real Madrid, yang tak pandai pandai menjaringkan gol. Gol melopong tapi tiang juga yang dia aim. Macam Benzema jugak. Lepas tu hampir gaduh dengan benzema.

6) Nor "Joe Cole" Azam - Gentelan demi genetelan dengan pelbagai bunyi daripada luar seperti tekan X untuk pass! dan Bunyi kapal terbang! dan Pass! Pass! Pass! Pass! Azam Pass! Pass! Pass! Azam Pass! Pass! Pass! Pass!!...azam terus menggentel dan GOOOOAAALLL!!!!


Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah. Kuatkan semangat dan kibar kan syiah Islam! untuk sepanjang Zamaan....Tamatlah sesi menggoreng Magi Goreng Pedas untuk minggu ini. Sila lah tuan tuan lihat pemarkahan di bawah ini pasti kan adil betul dan saksama.



Team Baru Nampak Kau Sunny (Capt: Azza)

Team Big Bikerz Mari (Capt: Irwan)

Team Non - Strategist (Capt: Shafiq)


Jauhi aedes, Jauhi Denggi. Belia benci Dadah, Dadah musuh negara, Satu Bangsa Satu Suara, Satu Nama, SATU MALAYSIA. So Man of The MATCH minggu ini jatuh kepada..................

MAZLY/ELLY alaa Adik Mazleen tu...

Salam

PLYR SAV DEF ASS GOL OG CPT TOT
Mazly 4 8 5 9 0 1 25
Shafiq 7 9 5 2 0 2 21.5
Amir 7 5 5 6 0 1 20.5
Sunni 6 1 4 8 0 0 16
Bo 6 7 4 1 0 0 15
Fadzli 3 3 5 5 0 0 14.5
Jini 7 7 1 2 0 1 14.5
Irwan 5 2 1 7 0 1 13.5
Kimi 4 4 5 2 0 0 13
Lukman 3 3 3 5 0 0 12.5
Azam 8 4 2 2 0 0 12
Mazlan 5 2 4 2 0 0 10.5
Zul 5 1 0 6 0 1 10.5
Shahrul 2 3 1 4 0 0 9
Azza  3 6 0 0 0 1 8.5
Afnan 3 4 1 1 0 0 7.5
Shah 1 4 1 2 0 0 7.5
Aznam 0 0 0 0 0 0 0






No comments: