ihsan dari http://www.mdhafiz.net/
Malaysia meneruskan kebangkitan aksi bolasepak tanahair dengan mengikat juara Liga-S, Etoile FC 1-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Ini adalah perlawanan persahabatan kedua skuad Harimau Malaya sejak menjuarai Piala AFF Suzuki pada akhir tahun 2010 yang lalu. Perlawanan pertama dengan Hong Kong di Stadium Shah Alam tempoh hari menyaksikan skuad bimbingan jurulatih 'Coach' K.Rajagobal mengalahkan pasukan pelawat 2-0.
Malaysia mendahului seawal minit ke-6 melalui tandukan dari Ahmad Fakri Sharani hasil dari set piece tendangan sudut. Perlawanan agak seimbangan sehinggan separuh masa.
'Coach' melakukan 3 pertukaran semasa separuh masa termasuk menggantik Khairul Fahmi Che Mat dengan Sharbinee. Pertukaran ini sedikit sebanyak mengubah corak permainan skuad Harimau. Namun, perlu di lakukan untuk mencuba kesemua pemain dalam skuad.
Kealpaan benteng pertahanan negara pada minit ke-62 menyaksikan pasukan dari Perancis ini menyamakan kedudukan melalu pemain gantian, Hicham Bouchemial.
Syabas pada Harimau Malaya. Kami bersamamu.
No comments:
Post a Comment