Ads sponsored by Nuffnang

NATS HOLLER BOARD

Setiap Ahad @ Triways Sports Centre, Padang Jawa dari 8 - 10 PM...Jom Futsal!

Thursday, August 5, 2010

EPL fantasy league - Liga NATS




A'kum rakan2 yg berjauhan. Saya sekarang ni dah banyak tertinggal pasal dunia bola sepak. Ini se'mesti maggi agus'nya tidak boleh berlaku dan dibiarkan berlarutan. Oleh itu saya merasai tindakan mengaktifkan penglibatan kita dalam arena dunia fantasy football sangat menarik.

Memandangkan Tuan Besar (tersirat maksudnya) Shahrul sudah menjemput masuk liga NATS. Saya ingin mempromosikan lagi liga yang sangat menarik ini. Tuan2 dan puan2 boleh layari laman web berikut http://fantasy.premierleague.com dan sertai liga berikut 40236-14083 .

Mengenai peraturan dan tips2 fantasy liga ini, saya ingin meminta Tuan Besar kita memberi sepatah dua kata sebelum pertandingan ini bermula sebagai kata2 rangsangan. Untuk pengetahuan awam, Tuan Besar kita no.2 dalam carta fantasy fifa world cup bagi negara Malaysia.

Dialu2kan juga tips2 mengenai pembelian dan penjualan pemain2 terkemuka dunia ke club2 yang menarik. Gosip2 yang menarik (tidak termasuk masalah cinta ok Bo) juga dialu2kan.

Di mana perkongsian pengetahuan dan semangat pertandingan sebegini membantu kita mengkukuhkan penghayatan ilmu bola sepak yang kita sayangi.

Majulah sukan supaya badan berbau!

3 comments:

Mohamad Nur Hidayat said...

aku join wei...punyu munyu fc
tapi tak reti main le

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

wah join jugak ek.... nice2

Aidi-Safuan said...

ala, tak reti main la liga fantasy nih.... :(